Jamin pulangan kompetitif

Wednesday, February 10, 2010 |

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB), pengendali dana amanah terbesar di negara ini dengan nilai lebih RM80 bilion, memberi jaminan akan memberikan pulangan kompetitif kepada setiap pelabur unit saham amanahnya walaupun keadaan ekonomi global ketika ini masih belum pulih sepenuhnya.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata walaupun iklim ekonomi semasa turut memberi kesan kepada pelaburan kumpulan itu, namun keseluruhannya, portfolio PNB masih kukuh.

Beliau berk

Beliau berkata, PNB yang ditubuhkan sejak 30 tahun lalu sudah melalui pelbagai kemelut dan krisis kewangan, yakin keadaan ekonomi semasa mampu ditangani dengan baik menerusi beberapa langkah diambil dan dilaksanakan.

"Keadaan pasaran (tidak menentu) seperti sekarang sudah berlaku banyak kali dan PNB bukan sekali melalui keadaan sebegini kerana pernah mengalaminya sebelum ini, namun kami masih mampu memberikan pulangan memuaskan kepada pelabur.

"Kami akan berusaha untuk memastikan setiap pelabur mendapat pulangan terbaik kerana PNB diuruskan secara profesional," katanya selepas majlis penyerahan zakat perniagaan PNB RM1.1 juta kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, kelmarin.

Negeri Sembilan negeri kelapan yang menerima zakat perniagaan PNB bagi tahun kewangan 2008 manakala Sarawak negeri pertama apabila menerima RM2.7 juta diikuti Melaka (RM900,000), Pulau Pinang (RM2.2 juta), Pahang (RM1.7 juta), Johor (RM3.1 juta), Kelantan (RM1.8 juta) dan Sabah menerima RM2.7 juta.

Beliau berkata, PNB masih mampu menangani keadaan ekonomi semasa dengan baik dan rekod menunjukkan mereka mampu memberi kadar pulangan yang kompetitif kepada pelabur.

Menurutnya, walaupun banyak institusi pelaburan terjejas apabila pelabur menarik keluar pelaburan mereka, namun PNB tidak mengalami masalah itu, sebaliknya terus menerima kepercayaan.

Katanya, keadaan itu menunjukkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat negara ini terhadap unit saham amanah kendalian PNB, malah pihaknya mendapati trend pelaburan pada tahun sebelum ini masih berterusan tahun ini.

"Ia menunjukkan kesedaran di kalangan pelabur bahawa PNB bukan satu pelaburan jangka pendek, tetapi jangka panjang yang mampu memberi pulangan menguntungkan," katanya.
ata, PNB yang ditubuhkan sejak 30 tahun lalu sudah melalui pelbagai kemelut dan krisis kewangan, yakin keadaan ekonomi semasa mampu ditangani dengan baik menerusi beberapa langkah diambil dan dilaksanakan.

"Keadaan pasaran (tidak menentu) seperti sekarang sudah berlaku banyak kali dan PNB bukan sekali melalui keadaan sebegini kerana pernah mengalaminya sebelum ini, namun kami masih mampu memberikan pulangan memuaskan kepada pelabur.

0 comments:

Post a Comment