Bayern hormati Lyon

Wednesday, April 21, 2010 |


RIBERY menjadi sandaran terbaik Bayern bagi merobek gawang Lyon awal pagi esok.


MUNICH - Segar dengan kejayaan menyingkirkan Manchester United dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara, Bayern Munich yakin dapat mengulangi momentum mereka pada aksi separuh akhir pertama menentang Lyon awal pagi esok.
Bagaimanapun, kelab gergasi Itali itu tetap berwaspada apabila menanti kunjungan Lyon di Stadium Allianz Arena nanti.
"Kami tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Lyon pada perlawanan itu nanti.
"Kejayaan kelab tersebut menewaskan Liverpool pada saingan peringkat kumpulan dan menyingkirkan Real Madrid pada peringkat kalah mati telah membuktikan kehebatan mereka," jelas Presiden Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.
Perancang Bayern, Frank Ribery berkata, Lyon pasti tidak mahu pulang de- ngan tangan kosong dan yakin kelab Perancis itu akan berjuang berhabis-habisan bagi mencari bekalan selesa menjelang aksi separuh akhir kedua minggu depan.
"Ia adalah satu perlawanan yang sukar menentang Lyon kerana mereka me- miliki sebuah pasukan yang kuat. Kami tidak seharusnya berasa terlalu yakin untuk melangkah ke final kerana Lyon juga sudah pasti memikirkan perkara yang sama.
"Lyon adalah sebuah kelab yang baik dan mereka memiliki kelebihan dari aspek fizikal dan keupayaan pemain-pemain kelab itu dalam melancarkan sera- ngan balas merupakan satu ancaman buat kami sekiranya hilang tumpuan," kata Ribery.
Terdahulu, skuad Lyon terpaksa menggunakan pengangkutan darat dengan menaiki bas untuk ke Munich selepas semua penerba- ngan Eropah dibatalkan ekoran debu tebal disebabkan letusan gunung berapi di Iceland.
"Kami terpaksa menempuh perjalanan selama 10 jam dengan menaiki bas dan ia adalah sesuatu yang menyukarkan tetapi kami tidak ada pilihan dan terpaksa juga meng- hadapinya," kata kapten Lyon, Cris. - AFP


Harap Final tahun  ni menarik...tak de satupun FC dar England...