Hukum Tukaran Wang Asing dan (Forex) Salah Disisi Undang Undang?

Thursday, January 14, 2010 |

Ramai yang tertanya tanya apakah hukum perdagangan wang asing atau lebih popular dengan pangilan FOREX. Saya bukanlah pakar dalam bidang memberi hukum hakam ini. Tetapi saya cuba berikan link yang berkaitan agar ia dapat dirujuk oleh kita semua.

1. Penciptaan Duit Kertas Moden dan Hukum Forex
2. Hukum Berniaga & Melabur Dalam Forex trading
3. Isu Leverage Dalam Forex Trading
Forex salah disisi undang undang ke? Merujuk kepada kenyataan terbaru dari Bank Negara Malaysia. Ia adalah suatu kegiatan yang salah disisi undang undang.
Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram
Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.
Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:
* Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);
* Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;
* Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan
* Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.
Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.
Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Bank Negara Malaysia
4 Januari 2010
Saya menjangkakan ia pasti akan mengundang pelbagai reaksi kepada mereka yang terlibat dalam forex trading di Malaysia ni. Bagi mereka yang terlibat dalam forex trading pasti akan cuba pelbagai hujah dan dalil bagi menghadapi isu ini.
Bagi mereka yang terlibat dalam coaching , seminar dan bengkel Forex, ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat. Langkah ini dibuat mungkin terdapat aduan dari orang ramai berkenaan dengan perdagangan wang asing di atas talian (online) yang semakin diminati ramai orang.
Bagi saya, kenyataan BNM ada betul dan salahnya. Forex mungkin banyak kali diekploitasi oleh syarikat tertentu bagi tujuan menipu menyebabkan BNM mengeluarkan kenyataan sedemikian.Bermula dengan Swiss Cash yang kononya mendapat pendapatan mereka daripada Forex dan pelaburan minyak. Ramai orang awam tertipu oleh penipuan berkenaan menyebabkan BNM mula mengambil tindakan mengharamkan semua berkenaan forex trading yang berpusat diluar negara.
Namun agak sukar untuk mengambil tindakan disebabkan ianya berpusat diluar negara. Kini pelbagai broker yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang kononnya mendapat kelulusan daripada bank bank luar negara seperti Cyprus dan sebagainya. Tiada tapisan yang dibuat samada broker tersebut sah atau tidak. Ini menjadi satu isu utama. Ya, ada broker forex diluluskan oleh kerajaan US. Ini menjadikan forex bukanlah sesuatu yang sangat salah. Tetapi yang mana satu broker yang sah?
Lebih lebih di Malaysia terdapat undang undang berkenaan dengan tukaran wang asing iaitu Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Ia adalah untuk melindungi ekonomi dieksploitasi menerusi tukaran wang asing. Jadi ini memberi hak dan kuasa untuk BNM mengharamkan perdagangan wang asing di Malaysia.
Penglibatan ramai rakyat Malaysia dalam Forex online. Malah ada yang menjadi jutawan menerusi perdagangan mata wang asing ini. Tetapi lebih ramai yang mengalami kerugian ribuan ringgit dalam forex.
Ia memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan pelbagai analisa pasaran dan fundamental. Ramai yang mengalami kerugian yang besar. Forex adalah sesuatu yang sangat berisiko tinggi. Fikirkan 3,4,5 kali sebelum anda menyertai sebarang forex broker dan melakukan perdangangan jual beli matawang asing.
Apa pulak pendapat anda?


Sumber : shamsuriyadi.com

Kenali Usahawan Internet Tempatan

|

Untuk anda yang baru dalam bidang keusahawanan Internet antara faktor kejayaan anda di dalam perniagaan internet adalah sejauh manakah anda sanggup belajar, mengkaji dan merancang terutama di peringkat permulaan dengan mereka yang telah lama berkecimpung dan menceburkan diri dengan mencipta nama sebagai usahawan internet. Mereka ini sudi berkongsi ilmu masing-masing mengikut model yang mereka ceburi. Jom kenali usahawan internet tempatan.
 SmartZul
SmartZul
Mohd Zulfadli bin Suddin atau lebih dikenali sebagai SmartZul merupakan seorang usahawan Internet sepenuh masa yang merupakan pakar dalam penghasilan produk digital. Beliau telah menghasilkan banyak produk digital seperti Kit Blogger, Panduan FTP, Kuasa Forum dan sebagainya yang sememangnya banyak membantu para newbie untuk menjana wang di Internet.
Prinsip beliau ialah tidak mahu hanya berjaya seorang diri, tapi juga sama-sama mahu membantu mereka yang lain, mereka yang serius dan benar-benar serius mahu membina dan memiliki perniagaan Internet sendiri. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang beliau di laman blog beliau iaitu SmartUsaha.com
 JimieRay & Zamri Nanyan
Zamri Nanyan
Zamri Nanyan telah bergiat dalam pencarian duit online semenjak tahun 2003 lagi. Beliau sememangnya cukup popular dalam kalangan usahawan Internet di luar negara mahupun tempatan kerana kepakaran beliau dalam mempromosikan sesuatu produk. Namun, beliau lebih kepada menjalankan MLM secara online dan telah menggunakan sepenuhnya kuasa Internet untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Beliau lebih suka untuk mengkaji sesuatu peluang untuk buat duit di Internet dan berkongsi kajian ataupun peluang buat duit tersebut dengan orang lain antara produknya yang terkenal ialah Sistem Auto Viral dan PakarAffiliate.com. Anda juga boleh mengikuti perkembangan beliau di BisnesDigital.com
LuvLeey
Luvleey
Luvleey atau nama sebenar Nurulhayati Binti Dr. Mohamed adalah anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik. Lahir pada 06 Ogos 1984 di Kuala Lumpur. Ketika berumur 11 tahun beliau berhijrah ke Tanzania Afrika dan pernah bersekolah di sana kerana mengikut bapa atas urusan kerja. Pada tahun berikutnya pulang semula ke Malaysia dan meneruskan pengajian di sini sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dan pendidikan UPSI. Beliau dari kecil lagi amat meminati bidang graphics. Tanpa sebarang asas dalam bidang Graphics, beliau cuba mempelajarinya sendiri (pandai-pandai godek sendiri).
Dengan usaha sendiri, sokongan rakan-rakan dan usahawan Internet, sekarang beliau telah bekerja sebagai fulltime Internet Marketer sebagai Graphics Designer. Kini beliau juga mempunyai beberapa produk sendiri yang berkaitan dengan bidang grafik iaitu GrafikJualan.com dan EcoverJualan.com. Sekiranya ada jejaka yang telah syok dengan Luvleey jom kenali Luvleey di SyokSyok.com.
JimieRay & Ammar Zahar
Ammar Zahar
Seorang usahawan internet muda, Ammar Zahar yang ketika ini berusia 22 tahun dan masih lagi menuntut di salah sebuah Universiti tempatan telah menjana pendapatan di internet bermula daripada ZERO pengetahuan dan ZERO modal.
Dia sememangnya sama saja dengan kebanyakan usahawan internet yang lain hanya ingin mencari pendapatan tambahan di internet bagi meringankan bebanan orang tuanya. Teringin nak buat duit di internet tapi tak tahu caranya. Akhirnya atas usaha gigih dan strategi yang mengena, beliau kini menjadi salah seorang usahawan internet yang disegani dan mempunyai syarikat sendiri. Bukan itu saja, jika dulu beliau digelar ZERO dan tidak mempunyai apa-apa selain duit PTPTN, kini beliau mampu membeli rumah sendiri, kereta sendiri dan pendapatan beliau melebihi dekan fakulti sendiri. Kenali Ammar Zahar dari Zero ke Hero di PerniagaanInternet.com.
Alang Samsul Zamzuri
Alang
Samsul Zamzuri Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Alang dalam kalangan pengguna Internet merupakan pengusaha laman web dan blog yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaan jual beli laman web dan pernah berjaya menjual laman web sehingga mencecah RM150 ribu. Beliau mampu memperoleh pendapatan lima angka setiap bulan menerusi iklan yang masuk ke dalam laman-laman webnya.
Beliau melakukan perniagaan Internet dengan menanggapnya sebagai hobi sahaja dan kemudian setelah nampak hasilnya barulah beliau mula serius dengan bidang ini. Anda boleh melihat tip-tip di laman blog beliau iaitu SamsulZamzuri.com.
Team SaifulSham
Team SaifulSham
Team SaifulSham merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena perniagaan Internet. Beliau merupakan perintis dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang potensi perniagaan Internet. Mereka ini merupakan penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang sememangnya mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan.
Mereka ini merupakan pakar dalam perniagaan Internet berlandaskan produk fizikal dimana mereka mempunyai beberapa laman web yang menjalankan jual beli produk fizikal yang menguntungkan. Boleh layari SaifulSham.com untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
 Galadriel
Kak Galadriel
Kak G atau Kak Galadriel merupakan seorang copywriter dan freelancer yang sangat low profile. Beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang copywriting dan teknik ini adalah amat berharga bagi semua yang ingin bergiat dalam perniagaan Internet.
Beliau sudah bekerja sepenuh masa dalam bidang perniagaan Internet sudah hampir 2 tahun. Beliau kini memiliki lebih 20 website yang kebanyakan lebih menumpukan copywriting. Anda boleh mengetahui tentang perempuan misteri ini di InternetMelayu.com.
Irwan Dahnil
Irwan Dahnil
Irwan Dahnil merupakan pelopor bagi perniagaan SMS Malaysia dan merupakan penulis buku yang mendapat sambutan hangat iaitu “Buat Duit Dengan SMS”. Buku yang beliau hasilkan dalam berbahasa Malaysia ini merupakan yang pertama mendedahkan mengenai potensi perniagaan SMS.
Irwan Dahnil mempunyai minat dalam perancangan strategik perniagaan, daya inovasi, mencipta nilai dan memberikan nilai tambah dalam perniagaan. Boleh lawati laman blog beliau di IrwanDahnil.com.
Amirol
Mohd Amirol
Mohd Amirol adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan secara Online secara serius bermula dari awal tahun 2006 setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dari UiTM. Beliau bermula dengan memberi khidmat membina laman web, pemasangan sistem dan akhirnya telah berjaya menghasilkan produk sendiri.
Beliau kini mempunyai pelbagai produk digital yang sentiasa mendapat tempat di hati para pengguna Internet yang baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan Internet. Anda boleh membaca tip daripada beliau di MohdAmirol.com.
Noorizam Shah
Noorizam Shah
Noorizam Shah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan internet sejak 3 tahun lalu. Kini beliau merupakan seorang usahawan Internet dan merupakan Education Specialist Trained by Ebay. Pendapatan beliau sekarang sudah mencecah 5 angka sebulan hanya daripada ebay dan pasti pendaptan ini akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Prinsip yang beliau pegang ialah sentiasa laburkan sedikit wang anda untuk ilmu kerana inilah pelaburan yang paling menguntungkan. Anda boleh mengetahuinya dengan lebih lanjut di NoorizamShah.com.
Fuad Latip
Fuad Latip
Fuad Latip merupakan seorang pensyarah di UITM Shah Alam dan juga merupakan seorang pakar dalam Search Engine Optimization(SEO). Beliau juga merupakan seorang Team JomSeminar dan juga merupakan seorang penulis buku yang mendapat sambutan hangat iaitu 15 Teknik Efektif Internet Marketing.
Selain itu, beliau juga berkemahiran dalam bidang programing dan telah mencipta beberapa script yang berjaya memperdayakan Search Engine dari segi SEO. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang beliau, boleh layari di Myorionet.com.
Md Pai
Mdpai
Wan Mohd Fairuz atau lebih dikenali sebagai MdPai di kalangan rakan-rakan beliau. Menceburi bidang pembinaan website dan juga bisnes internet walaupun sebenarnya beliau ialah seorang pelajar jurusan kejuruteraan eletrik di IUT de Nice, France.
Beliau sememangnya pakar dalam PHP dan telah menghasilkan pelbagai website untuk company-company besar yang beroperasi di luar negara. Anda boleh melawati Mdpai.com untuk belajar tentang PHP.
Osman Affan
Osman Affan
Osman Affan merupakan seorang pakar motivasi, penulis buku dan seorang personaliti TV. Beliau juga seorang usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri di dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan perniagaan beliau, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti.
Beliau juga terlibat dengan ‘Student Learning Enhancement Unit (SLEU)’ di Universiti Islam Antarabangsa yang berperanan untuk membina modul kemahiran belajar dan jatidiri bagi pelajar di peringkat sarjana muda. Anda boleh melayari laman blog beliau di MotivasiBelajar.com.
Amar Mahmood
Amar Mahmood
Amar Mahmood merupakan seorang pakar dalam pengamalan kuasa minda. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku yang sangat menarik dan berkesan iaitu Rahsia Minda Jutawan dan Tarik Kekayaan Dengan Kuasa Minda. Beliau juga sentiasa mengadakan seminar-seminar tentang kuasa minda yang sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa.
Beliau sentiasa berkongsi tip-tip yang menarik mengoptimakan kekuatan minda  dan kuasa minda yang ada pada diri kita di laman blog beliau iaitu AmarMahmood.com.
Shamsuddin Kadir
Shamsuddin Kadir
Shamsuddin Abdul Kadir merupakan seorang penulis buku dan penceramah dalam bidang motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan kerjaya. Beliau sudah menerbitkan 4 buah buku, Hidup Tenang Walaupun Berhutang (diterbitkan di Jakarta juga) dan Makan Gaji Tetapi Kaya (Best Seller di MPH), Kaya Dengan Rumah (Best Seller) dan Buat Duit Dengan Rumah.
Beliau juga pernah muncul di TV3 bagi slot Motivasi Pagi yang juga membincangkan soal kewangan. Anda boleh melayari laman blog beliau di ShamsuddinKadir.com.
Shamsuriyadi-Sham Raja AdSense
Sham Raja AdSense
Mohd Shamsuriyadi Mamat mempunyai Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada UUM,Sintok. Beliau merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang sentiasa memperoleh pendapatan yang mencecah 5 angka sebulan.
Beliau juga giat menulis pelbagai ebook yang sentiasa mendapat sambutan hangat seperti Panduan Pengiklanan, Penulis Ebook, Raja AdSense dan sebagainya. Anda boleh melawat laman blog beliau di Shamsuriyadi.com.
Kidino
Kidino
Iszuddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kidino dalam arena perniagaan Internet merupakan seorang usahawan Internet yang berjaya. Beliau bermula sebagai seorang programmer dan designer namun akhirnya beliau telah bergiat dalam perniagaan Internet.
Beliau juga merupakan seorang affiliate markter yang terhebat kerana sentiasa berjaya dalam produk yang dipromosikan oleh beliau. Pendapatan yang diperolehi beliau juga adalah 5 angka sebulan dan anda boleh melawat laman blog beliau di MoneyClicking.net.
Kartunis Ubi
Kartunis Ubi
Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Kartunis Ubi merupakan seorang kartunis yang sangat popular. Ubi telah berjaya membuat ribuan orang untuk membaca dan meminati hasil karyanya seperti ‘Budak Hostel’ (1994-1997), ‘Aku, Dia & Volkswagen’ (1997-2002) dan ‘IN’ (1999-2002). Ini tu juga turut membuatkan beliau berjaya melariskan puluhan ribu buku koleksi karya kartunnya. Kenali Kartunis Ubi di KartunisUbi.com.
Semuga dengan perkongsian ini dapat mendekatkan anda dengan usahawan internet tempatan yang sudi berkongsi ilmu dan kepakaran mereka dengan kita semua. Dekatilah mereka, selidiki dan cungkillah illmu yang mereka ada. Saya pasti mereka tidak kedekut ilmu dan sudi berkongsi kepada sesiapa sahaja yang sudi belajar dengan mereka untuk menjadi usahawan di dalam bidang Perniagaan Internet.

Lombong emas tak jejas alam

|

RAUB: Kerajaan memberi jaminan operasi perlombongan Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAM) di Bukit Koman, dekat sini tidak memberi kesan kepada alam sekitar dan ancaman kesihatan kepada penduduk.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, berkata pihak syarikat sudah memberi jaminan kadar sianida yang digunakan dalam proses mengekstrak emas di lombong itu adalah pada tahap minimum.

“Pihak kementerian bersama pegawai agensi daripada Jabatan Geosains dan Mineral serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) diberi taklimat oleh pengurusan syarikat mengenai operasi dan proses yang dilakukan oleh RAM.

“Malah, kita turut membawa wakil rakyat dan seorang Ahli Parlimen untuk mendengar taklimat diberikan syarikat supaya mereka mendapat gambaran lebih jelas dan kemudian dapat memberi penerangan kepada penduduk," katanya pada sidang media yang bertukar menjadi dialog apabila beberapa pemimpin penduduk meluahkan rasa tidak puas hati ke atas kegagalan RAM memberi jaminan kepada penduduk.

Sebelum itu, sewaktu mahu memulakan sidang media, seorang pemimpin tempatan, Mustapha Hussin tiba-tiba mencelah sambil memberitahu bahawa kaedah perlombongan yang diamalkan syarikat itu tidak sesuai dipraktikkan di kawasan berkenaan.
Beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Anti Sianida Penduduk Bukit Koman yang menentang penggunaan sianida berkata berbanding lombong emas di Australia yang dijalankan di kawasan gurun, lombong emas di Bukit Koman terlalu hampir dengan kawasan penempatan, kawasan sumber tadahan air dan ladang kelapa sawit.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras, Choong Siew Onn, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa serta pemimpin Kampung Bukit Koman dan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abd Razak dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Rosnani Ibarahim.

Kurup berkata, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pengurusan RAM berhubung pengendalian dan penggunaan sianida dalam proses pengekstratan emas di lombong itu.

“Saya difahamkan, mereka menggunakan sistem yang teratur dan mematuhi garis panduan dan syarat yang ditetapkan JAS.

“Malah, kewujudan kilang ini memberi banyak manfaat seperti pemindahan teknologi dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan terutama golongan muda,” katanya.

Sumber : Berita Harian 14/1/10