Bebas yang bertanggungjawab

Monday, February 8, 2010 |

Jalur lebar tanpa sempadan jadi medan perbahasan isu-isu sensitif sehingga mencetuskan perbalahan kaum, bangsa dan agama. Sejauh mana kita faham demokrasi di media bernama Internet?



"PADAN muka dengan blogger itu, baru dia tahu langit tinggi atau rendah!. Dia boleh digelar penderhaka, derhaka kepada sultan. Hukuman harus dikenakan dan ditayangkan kepada rakyat supaya lebih berhati-hati apabila membabitkan maruah sultan dan raja."
Ini hanya sedikit cebisan kekecewaan rakyat negara ini yang terguris dengan kenyataan menghina kemangkatan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dan kerajaan negeri Johor baru-baru ini.
Nama Aduka Taruna tiba-tiba menjadi buah mulut dan mencetuskan kemarahan rakyat negara ini terutama di negeri Johor yang mahu tindakan tegas dikenakan ke atasnya.

JALUR lebar tanpa sempadan boleh mendorong isu sensitif menjadi lebih serius jika dibiarkan.


Menerusi enjin pencarian Google, banyak blog-blog membahas dan menghakimi isu yang dianggap terlalu sensitif untuk diperkatakan itu.
Medium jalur lebar sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menerusi sebuah blog telah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit.
Namun di sebalik keterlanjuran Aduka dalam meluahkan emosi di blognya itu timbul persoalan, sejauh manakah seseorang itu bebas bersuara di Internet?

KHAIRUL NIZAM ABD. GHANI didakwa atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail di dalam blognya.


Masih ingatkah anda dengan kes Wee Meng Chee atau Namawee. Namawee seorang pelajar Malaysia yang sedang belajar di Taiwan memuat turun lagu nyanyian yang menghina lagu kebangsaan, Negaraku di laman YouTube.
Malah, dalam lagu yang sama Namawee turut menyemarakkan api perkauman apabila mempertikaikan hak ketuanan orang Melayu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim ketika menjelaskan kebimbangan itu berkata, dalam mesej pembangunan 1Malaysia, setiap individu bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan yang mereka lakukan.

INDIVIDU yang tidak mendapat perhatian sering menjadikan blog untuk melahirkan ketidakpuasan hati.


"Bertanggungjawab bermaksud mereka yang terbabit mesti bersedia dengan tindakan undang-undang yang termaktub bagi kesalahan yang dilakukan.
"Sebagai seorang penulis sama ada di akhbar, buku majalah atau blog undang-undang negara tetap menjadi kayu ukur dan tahap penentuan bagi setiap kenyataan yang dikeluarkan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tegas Rais, dalam konteks perkhidmatan jalur lebar tanpa sempadan perlu dilihat sama ada penulisan sesuatu blog itu berdasarkan kenyataan membina atau sentimen peribadi.

KEBEBASAN bersuara melalui jalur lebar harus ada batasan. - Gambar hiasan


Pendekatan undang-undang
"Masyarakat perlu bijak membezakan tujuan pihak tertentu sama ada baik atau sekadar mensensasikan sesuatu perkara," jelas beliau.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Muhammad Tahir Muhammad Noor menyifatkan kelebihan jalur lebar tanpa sempadan mendorong isu sensitif menjadi semakin serius sekiranya dibiarkan tanpa kawalan.

NAMAWEE dipanggil untuk disiasat di Balai Polis Bukit Aman berkenaan video menghina lagu Negaraku di YouTube.


"Setiap sesuatu itu pasti ada baik dan buruknya ini termasuklah perkhidmatan jalur lebar tanpa sempadan yang sering dimanfaatkan banyak pihak untuk mengekspresi pandangan masing-masing.
"Walaupun kebebasan bersuara menjadi elemen penting jalur lebar, perlu ada batasan supaya kelebihannya tidak disalah guna," jelas beliau.
Katanya, sukar untuk menyekat sebarang maklumat yang disebarkan melalui jalur lebar. Justeru, pendekatan undang-undang dan kesedaran awam dilihat signifikan bagi menghalang penyertaan individu lain bagi melakukan perkara sama.

MENERUSI enjin Google, banyak blog yang membahaskan isu sensitif.


"Kerajaan mungkin boleh memantau tetapi agak mustahil untuk menyekat aliran kenyataan tidak sepatutnya masuk ke jalur lebar.
"Walaupun sesetengah isu tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang, masyarakat perlu bijak membezakan perkara yang betul atau salah. Rakyat tahu menilai," katanya.
Tambah Muhammad Tahir, keterujaan masyarakat kepada perkara baru dalam perkhidmatan jalur lebar adalah salah satu punca utama masyarakat bereksperimen dengannya.

BLOG Aduka Taruna yang menimbulkan kontroversi ekoran kenyataannya menghina Almarhum Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail baru-baru ini.


"Blog adalah perkara baru, ramai penulisnya tiada pengalaman hingga menyebabkan ada sesetengah pihak tidak peka dengan isu-isu atau kenyataan-kenyataan yang sensitif.
"Melalui tindakan undang-undang ia secara langsung menyampaikan mesej kepada rakyat apa yang wajar dan tidak harus dinyatakan dengan sesuka hati," katanya.
Individu yang menyentuh sensitiviti rakyat menerusi kenyataannya sebenarnya adalah golongan yang kecewa terhadap perkara-perkara yang dibahaskannya.
Pakar Psikologi, Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Suradi Salim memberitahu, terdapat segelintir individu yang kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yang diingininya lantas menjadikan jalur lebar sebagai medium meluahkan perasaan.

PENGGUNAAN Internet perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.


"Tidak ramai individu sebegini. Cuma sesetengah individu merasakan dirinya diketepikan dan tidak mendapat perhatian.
"Selain itu berkemungkinan individu terbabit mempunyai pengalaman buruk mengenai sesuatu perkara dengan individu yang dimaksudkan menerusi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya," katanya.
Bagaimanapun katanya, tindakan segera perlu diambil bagi menyekat perlakuan sebegini kerana jika dibiarkan, banyak pihak akan melakukan perkara yang sama lebih-lebih lagi jika mereka tidak bimbang dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Kalau mereka rasa 'tidak apa' untuk menulis itu dan ini lebih ramai yang akan menjadikannya contoh untuk diikuti," katanya.

RM4j bagi setiap pemilik tanah

|




KUALA LUMPUR - Pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar.



"Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi tetapi terpulang kepada mereka. Kalau ada juga pihak yang menghasut, itu tak betul ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek itu tergantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di sini semalam.

Usah percaya khasiat air tapis

|

Syarikat pengeluar alat penapis buat dakwaan meragukan: Wecam

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan syarikat yang menjual alat penapis air dengan dakwaan yang meragukan.

Setiausaha Agungnya, S Piarapakaran, berkata antara dakwaan itu ialah sistem imun badan dapat dipertingkatkan, mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan toksik daripada air itu.

Dalam satu tinjauan, Wecam juga mendapati sebuah syarikat mendakwa bahawa alat tapisannya boleh 'memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh', katanya kepada Bernama.

Ini, jelas beliau, adalah dakwaan palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.

Piarapakaran berkata, tinjauan itu juga mendapati penggunaan penapis air semakin meningkat di Malaysia dan dakwaan palsu oleh syarikat terbabit semakin menjadi-jadi. 

"Trend ini amat membimbangkan dan pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan pengguna dilindungi," katanya.

Beliau berkata, tinjauan itu mendapati tahap kesedaran mengenai jenis dan fungsi penapis air di kalangan pengguna adalah sangat rendah.

Sebagai contoh, katanya, dalam tinjauan itu mendapati hanya 66 daripada 1,792 keluarga di seluruh negara mempunyai pengetahuan mengenai jenis dan fungsi penapis air.

Katanya, keadaan ini adalah serius dan memerlukan perhatian segera.
Piarapakaran berkata, Wecam sudah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, meminta mereka untuk mengambil tindakan segera terhadap syarikat penapis air yang tidak beretika dan juga memperhebat program pendidikan agar para pengguna sedar mengenai pelbagai jenis penapis yang ada di pasaran. � Bernama

RM15 bilion diperuntuk bantu usahawan

|

NOR MOHAMED melihat orang ramai yang memohon pekerjaan di syarikat NGV TECH ketika melawat pameran pada Hari Kerjaya dan Keusahawanan Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Sungai Dua, Butterworth, semalam.
BUTTERWORTH: Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi membantu usahawan bertaraf tinggi memajukan perniagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata antara bidang yang akan diberi keutamaan ialah perumahan dan industri.

Katanya, inisiatif berkenaan mampu meningkatkan pelaburan dengan sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.

"Kerajaan akan memberi bantuan dari segi kewangan dan sokongan lain yang dirasakan bersesuaian bagi meningkatkan produktiviti mereka, mulai tahun ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Kerjaya dan Keusahawanan Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Sungai Dua di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan melalui beberapa agensi kerajaan terpilih seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Mara dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

"Kebanyakan usahawan terutama Bumiputera mempunyai kemahiran dan sering mendapat projek termasuk dari luar negara, tetapi mereka tidak cukup modal.

"Jika mahu meminjam dari bank pula syarat dikenakan terlalu ketat sehingga menyebabkan produktiviti mereka tersekat," katanya.

Sehubungan itu katanya, insentif berkenaan dijamin dapat membantu usahawan bertaraf tinggi meneruskan perniagaan tanpa perlu risau kekangan kewangan.

Terdahulu, Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata Hari Kerjaya dan Keusahawanan dijadikan platform kepada penduduk Tasek Gelugor mencari peluang pekerjaan.

Pada majlis itu, Nor Mohamed turut melancarkan laman web beliau iaitu www.normohamed.my bagi memudahkannya berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan orang ramai.

Senarai Operator Takaful

|

LogoNameWebsiteMain Product
CIMB Aviva Takaful Berhadcimbaviva.com*General Takaful
*Family Takaful
Etiqa Takaful Berhadetiqa.com.my*General Takaful
*Family Takaful
Hong Leong Tokio
Marine Takaful Berhad
hltmt.com.my*General Takaful
*Family Takaful
HSBC Amanah Takaful
(Malaysia) Sdn Bhd
takaful.hsbcamanah.com.my
MAA Takaful Berhadmaatakaful.com.my*General Takaful
*Family Takaful
*Group Takaful
Prudential BSN Takaful
Berhad
prubsn.com.my*General Takaful
*Family Takaful
Syarikat Takaful Malaysia Berhadtakaful-malaysia.com*General Takaful
*Family Takaful
Takaful Ikhlas
Sdn. Bhd.
takaful-ikhlas.com.my*General Takaful
*Family Takaful
*Group Takaful
AIA Takaful International
Bhd
aia.com.my

Dividen KWSP dijangka lebih tinggi

|

PUTRAJAYA: Dividen untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2009 dijangka lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 4.5 peratus.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pencapaian itu didorong oleh kedudukan pasaran saham tempatan yang semakin kukuh dan pulangan pelaburan yang lebih baik.

Mesyuarat mengenai kadar dividen itu akan diadakan pada bulan ini manakala pengumuman mengenainya dijangka diumumkan bulan depan, kata Samsudin yang juga Presiden Perbadanan Putrajaya kepada pemberita sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 di sini hari ini.

Disember lalu, KWSP mengumumkan meraih RM5.5 bilion perolehan pelaburan pada suku ketiga tahun lalu, peningkatan sebanyak RM696.32 juta atau 14.51 peratus berbanding RM4.8 bilion yang dikumpul pada suku sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, ia menjadikan jumlah saiz dana KWSP meningkat kepada RM361.09 bilion berbanding RM353.93 bilion pada suku kedua tahun lalu.

Sebanyak 12 juta pencarum KWSP menerima dividen 4.5 peratus untuk tahun 2008, lebih rendah berbanding 5.8 peratus pada tahun 2007. -Bernama