Panduan membeli belah online

Friday, May 6, 2011 |

Adakah anda pelanggan kedai yang benar-benar teliti mencari harga paling rendah untuk satu barangan? Adakah anda letih berjalan naik turun kompleks membeli-belah pada hujung minggu sesak dengan pembeli-belah sibuk memburu harga yang terbaik? Mengapa tidak anda mengelak penderitaan ini dan berjimat dengan membeli-belah secara online.

Membeli-belah secara online telah lama wujud. Laman web seperti eBay, Mudah, Lelong dan ratusan forum-forum online menyediakan satu akses mudah kepada semua di dunia ini dengan barangan baru dan terpakai meliputi pakaian, buku-buku dan produk elektronik sehingga kolektibel luar biasa yang boleh bernilai sehingga ribuan ringgit. Penjual-penjual dapat menjimatkan banyak wang dalam pengiklanan dan promosi dengan memilih menjual produk-produk mereka secara online yang membolehkan mereka menawarkan harga yang lebih rendah untuk produk-produk mereka. Ini bermaksud, pembeli-pembeli mendapatkan belian yang bernilai dengan setiap barangan yang dibelanjakan dan semua ini dilakukan di dalam keselesaan rumah-rumah mereka sendiri. Walaupun ia menjimatkan kos dan masa, membeli-belah secara online mudah terdedah kepada penipuan. Saya pasti kebanyakan orang telah mendengar cerita-cerita tentang transaksi-transaksi online yang tidak berjalan lancar atau mengalaminya ia sendiri. Saya sendiri telah berdepan dengan seorang penipu online.

Ia semuanya bermula apabila saya terjumpa seorang lelaki dalam satu forum online yang menawarkan harga istimewa untuk kad-kad grafik. Ketika itu, Nvidia 8800GT sedang laris seperti goreng pisang panas. Lelaki ini mengenali seorang pembekal yang menjual kad-kad grafik dengan satu harga yang telah diturunkan dalam pukal. Saya melihat banyak pengguna-pengguna forum lain yang membeli kad grafik dari lelaki ini dan gembira dengannya. Melihat senarai transaksi berjayanya, saya berfikir lelaki ini mempunyai rekod perniagaan yang baik walaupun pembeli-pembeli perlu membayar amaun penuh sebelum mendapat barang-barang mereka. Jadi, saya memutuskan untuk meletakkan nama saya untuk 8800GT dan membuat pembayaran penuh melalui perbankan online yang merupakan kesilapan besar. Selepas sebulan dan pelbagai alasan, lelaki itu hilang. Pembeli-pembeli yang lain mula bimbang dan membuat laporan polis. Lelaki itu akhirnya ditangkap. Dalam pertahanannya, dia ditipu oleh pembekal dan meminta tuduhannya digugurkan dan berjanji untuk memulangkan kesemua wang pembeli. Walaupun saya berjaya keluar dari episod itu dengan wang saya, ia menjadi satu peringatan penting buat saya untuk selalu mengamalkan pembelian online yang selamat.

Jadi, bagaimana anda kekal selamat apabila membeli secara online dan mengelak dari pertikaian kotor dan kes-kes mahkamah?

1. Periksa rekod-rekod penjual

Sebelum anda mula berurusan dengan penjual, siasat semua maklumat penjual. Maklumat seperti tarikh dia menyertai laman itu, transaksi-transaksi sebelumnya dan sejarah penuh senarai penjualan boleh memberitahu jika penjual itu tulen dan boleh dipercayai. Anda sepatutnya menjauhkan diri dari penjual-penjual baru dengan tiada rekod prestasi dan meminta pembayaran penuh. Mereka mempunyai ciri-ciri seorang kaki tipu. Hati-hati!

2. Tanya, tanya, tanya

Sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk menyoal penjual apa sahaja tentang produk mereka. Anda harus bertanya tentang apa yang disertakan dengan barangan yang dijual seperti aksesori-aksesori atau buku panduan dan lebih penting tanya tentang waranti walaupun ia barangan terpakai. Untuk barangan terpakai, anda patut meminta waranti peribadi selama seminggu supaya anda boleh mengesan mana-mana kecacatan atau kerosakan di bawah penggunaan biasa. Sudah tentu anda tidak akan mendapat wang kembali anda jikalau anda menjatuhkan barangan itu ke dalam mangkuk tandas.

3. JANGAN sesekali deposit wang ke dalam akaun penjual

Ini ialah perkara paling penting anda perlu ingat apabila membeli apa-apa secara online. Memberi wang anda kepada seseorang yang tidak dikenali amat bahaya. Sekalipun anda pernah membuat transaksi-transaksi online dengan penjual tersebut dan mempercayai penjual sepenuhnya, ia masih satu risiko besar terutama sekali apabila anda berurusan dengan wang yang banyak. Kadang kala, penjual mungkin akan meminta wang pendahuluan bagi mengelak pembatalan pada saat-saat akhir atau lebih dikenali dalam forum online sebagai 'FFK'.

4. Bersemuka dengan penjual

Satu-satunya cara bagi memastikan wang anda selamat dan pada masa yang sama mendapat barangan belian dalam keadaan yang sempurna ialah dengan membuat transaksi bersemuka atau tunai masa serahan (COD). Adalah disarankan berjumpa di tempat di mana terdapat ramai orang seperti stesen-stesen LRT atau restoran-restoran. Sekiranya apa-apa yang tidak baik berlaku, terdapat saksi-saksi. Sebelum anda membuat bayaran, uji barangan dengan teliti. Pastikan kesemuanya berfungsi dengan betul dan mencukupi seperti yang dijanjikan. Apabila anda berpuas hati dengan apa yang anda lihat, anda akhirnya boleh membuat pembayaran.

Dengan dunia semakin berharap pada internet, kita mudah lupa yang terdapat individu-individu di luar sana yang berupaya untuk mengambil kesempatan ke atas mereka yang tidak berhati-hati. Kita bertanggungjawab untuk memastikan kita dilengkapi dengan ilmu dalam menghadapi jenayah siber zaman moden ini. Semoga, tip-tip ini akan membantu dalam mencegah pengguna-pengguna menjadi mangsa-mangsa.