BERSAMA TEGAKKAN ISLAM

Wednesday, February 10, 2010 |

 BAHAGIAN 1.

1. Maksud firman Allah: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami kejalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat. (Al Fatihah:1 - 9)

2. Maksud firman Allah: Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudara sebangsa) dan mengusir segolongan dari kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian AlKitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (Al Baqarah:85)

3. Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tidak ada yang ingkar kepadanya melainkan orang-orang fasik. (Al Baqarah:99)

4. Maksud firman Allah: Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. katakanlah: "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (Al Baqarah:120)

5. Maksud firman Allah: Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang yang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfa'at sesuatu syafa'at kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong. (Al Baqarah:123)

6. Maksud firman Allah: Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". (Apakah mereka akan mengikuti juga,) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk. (Al Baqarah:170)

7. Maksud firman Allah: Hai, orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Baqarah:208)

8. Maksud firman Allah: Apakah kamu mengira bahwa kamu kan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al Baqarah:214)


9. Maksud firman Allah: Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahi ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah:247)

10. Maksud firman Allah: Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa diantara kamu yang meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku."Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang diantara mereka. Maka Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar." (Al Baqarah: 249)

Peratus majikan tidak mencarum menurun

|

KUALA LUMPUR - Peratusan majikan yang tidak mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menurun dari 1.75 peratus pada suku ketiga tahun lepas kepada 1.61 peratus pada suku keempat tahun sama.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, penurunan itu menunjukkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, majoriti majikan terus komited menjalankan tanggungjawab membayar caruman KWSP pekerja mereka dengan teratur dan tepat pada masa.

“Ini barangkali disebabkan oleh tindakan penguatkuasaan yang diambil KWSP selain daripada kesedaran majikan sendiri mengenai persaraan yang selesa untuk pekerja mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sepanjang Oktober hingga Disember tahun lalu, sebanyak 187 majikan dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM7,000 di bawah Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991 kerana tidak mencarum.

Nik Affendi berkata, pada suku tahun tersebut juga, sebanyak 169 kes sivil dan 2,313 kes jenayah difailkan di mahkamah terhadap majikan kerana tidak mencarum.

"KWSP juga mengemukakan 221 nama pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi menahan mereka dari meninggalkan negara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39, Akta KWSP 1991," katanya.

“Di bawah Akta KWSP 1991, semua majikan adalah diwajibkan untuk mencarum bagi pihak pekerja mereka sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan, atau akan dikenakan tindakan undang-undang.

“KWSP memandang serius berkaitan caruman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP termasuk tindakan melevi dan sivil terhadap majikan yang tidak mencarum dan pengarah syarikat terbabit,” katanya.

Beliau berkata, lazimnya, mahkamah akan memberi majikan maksimum enam kali bayaran ansuran untuk menjelaskan tunggakan caruman dan dalam tempoh berkenaan KWSP akan terus memantau majikan terbabit bagi memastikan tunggakan dibayar sepenuhnya.

“KWSP akan mengkreditkan tunggakan itu ke dalam akaun ahli setelah majikan membayar semua tunggakan tersebut.

“Bagaimanapun, adalah penting bagi ahli untuk turut memainkan peranan dengan sentiasa menyemak penyata kira-kira mereka yang boleh diperoleh melalui kemudahan yang disediakan seperti kios dan akaun peribadi online ahli, i-Akaun.

“KWSP pula akan terus memantau majikan bagi memastikan caruman dibayar secara teratur agar simpanan persaraan ahli kekal dilindungi,” kata Nik Affendi. - Bernama

Netbook P1 dilengkapi Wimax

|

PACKET One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) akan membelanjakan RM200 juta bagi meningkatkan liputan jalur lebar tanpa wayar (Wimax) sehingga mencecah 45 peratus di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lai, berkata perbelanjaan modal itu bertujuan meningkatkan jumlah pelanggannya kepada kira-kira 200,000 orang tahun ini berbanding lebih 100,000 dicatatkan tahun lalu.

Menurutnya, peruntukan itu sebahagian daripada keseluruhan perbelanjaan modal P1 berjumlah RM1 bilion bagi tempoh empat tahun dari 2008 hingga 2012 dengan RM400 juta sudah dibelanjakan tahun lalu. Katanya, jumlah pelanggan P1 meningkat kepada lebih 100,000 pada Oktober 2009 daripada sifar ketika mula dilancarkan Ogos 2008, sekali gus menjadikannya sebagai syarikat yang mempunyai pelanggan Wimax terbesar di negara ini. “Mengenai liputan pula, P1 bercadang meningkatkan liputan Wimax kepada 45 peratus di seluruh negara tahun ini berbanding 35 peratus pada 2009 yang hanya membabitkan kawasan Semenanjung Malaysia.

“Langkah itu selaras matlamat P1 untuk mencapai sasaran liputan Wimax kepada 65 peratus di seluruh negara menjelang 2012 termasuk Sabah dan Sarawak yang dijadualkan dimulakan pada suku kedua tahun ini,” katanya pada satu taklimat media di Petaling Jaya, semalam. Beliau berkata, bagi memenuhi permintaan terhadap sambungan jalur lebar mudah alih tahun ini, pihaknya bercadang memperkenalkan beberapa pembaharuan kepada barisan produk ditawarkan. Katanya, antaranya membabitkan pelancaran modem baru yang lebih moden iaitu ‘Shuttle’ dan ‘Tower’ dalam tempoh terdekat selain pelancaran Netbook pertama P1 dipasang siap dengan Wimax yang bakal diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini.

Menurutnya, Shuttle, Tower dan Netbook mempunyai ciri ‘embedded’ iaitu segala sokongan boleh disatukan dalam satu peralatan. “Berdasarkan corak penggunaan jalur lebar yang meningkat, kami merancang menjalinkan kerjasama dengan syarikat perkakasan elektronik lain bagi memasang siap jalur lebar Wimax dalam produk elektronik seperti kamera dan komputer. “Netbook P1 ini adalah hasil kerjasama beberapa pihak dalam industri pengkomputeran seperti Intel dan sebuah syarikat pengeluar komputer sebagai bukti langkah kami untuk memperluaskan skop produk yang menepati keperluan pengguna masa kini,” katanya.

Jamin pulangan kompetitif

|

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB), pengendali dana amanah terbesar di negara ini dengan nilai lebih RM80 bilion, memberi jaminan akan memberikan pulangan kompetitif kepada setiap pelabur unit saham amanahnya walaupun keadaan ekonomi global ketika ini masih belum pulih sepenuhnya.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata walaupun iklim ekonomi semasa turut memberi kesan kepada pelaburan kumpulan itu, namun keseluruhannya, portfolio PNB masih kukuh.

Beliau berk
PERMODALAN Nasional Berhad (PNB), pengendali dana amanah terbesar di negara ini dengan nilai lebih RM80 bilion, memberi jaminan akan memberikan pulangan kompetitif kepada setiap pelabur unit saham amanahnya walaupun keadaan ekonomi global ketika ini masih belum pulih sepenuhnya.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata walaupun iklim ekonomi semasa turut memberi kesan kepada pelaburan kumpulan itu, namun keseluruhannya, portfolio PNB masih kukuh.

Beliau berkata, PNB yang ditubuhkan sejak 30 tahun lalu sudah melalui pelbagai kemelut dan krisis kewangan, yakin keadaan ekonomi semasa mampu ditangani dengan baik menerusi beberapa langkah diambil dan dilaksanakan.

"Keadaan pasaran (tidak menentu) seperti sekarang sudah berlaku banyak kali dan PNB bukan sekali melalui keadaan sebegini kerana pernah mengalaminya sebelum ini, namun kami masih mampu memberikan pulangan memuaskan kepada pelabur.


"Kami akan berusaha untuk memastikan setiap pelabur mendapat pulangan terbaik kerana PNB diuruskan secara profesional," katanya selepas majlis penyerahan zakat perniagaan PNB RM1.1 juta kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, kelmarin.

Negeri Sembilan negeri kelapan yang menerima zakat perniagaan PNB bagi tahun kewangan 2008 manakala Sarawak negeri pertama apabila menerima RM2.7 juta diikuti Melaka (RM900,000), Pulau Pinang (RM2.2 juta), Pahang (RM1.7 juta), Johor (RM3.1 juta), Kelantan (RM1.8 juta) dan Sabah menerima RM2.7 juta.

Beliau berkata, PNB masih mampu menangani keadaan ekonomi semasa dengan baik dan rekod menunjukkan mereka mampu memberi kadar pulangan yang kompetitif kepada pelabur.

Menurutnya, walaupun banyak institusi pelaburan terjejas apabila pelabur menarik keluar pelaburan mereka, namun PNB tidak mengalami masalah itu, sebaliknya terus menerima kepercayaan.

Katanya, keadaan itu menunjukkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat negara ini terhadap unit saham amanah kendalian PNB, malah pihaknya mendapati trend pelaburan pada tahun sebelum ini masih berterusan tahun ini.

"Ia menunjukkan kesedaran di kalangan pelabur bahawa PNB bukan satu pelaburan jangka pendek, tetapi jangka panjang yang mampu memberi pulangan menguntungkan," katanya.
ata, PNB yang ditubuhkan sejak 30 tahun lalu sudah melalui pelbagai kemelut dan krisis kewangan, yakin keadaan ekonomi semasa mampu ditangani dengan baik menerusi beberapa langkah diambil dan dilaksanakan.

"Keadaan pasaran (tidak menentu) seperti sekarang sudah berlaku banyak kali dan PNB bukan sekali melalui keadaan sebegini kerana pernah mengalaminya sebelum ini, namun kami masih mampu memberikan pulangan memuaskan kepada pelabur.

Rugi RM30j akibat skim pelaburan jongkong emas

|

GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini.

Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis.

Kira-kira 30 lagi mangsa skim pelaburan itu di negeri ini belum membuat laporan polis. Syarikat yang mengendalikan skim pelaburan itu turut beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kes berlaku tahun lalu tetapi dilaporkan tahun ini selepas mangsa menyedari mereka ditipu. Setakat ini, polis sudah menahan tiga orang bagi membantu siasatan tetapi sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis juga sedang mengesan 10 lagi suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Syarikat itu yang mempunyai cawangan di beberapa negeri, menawarkan pelaburan jual beli emas mengikut harga pasaran beserta pulangan tiga peratus.

Sebaik menandatangani kontrak pembelian, pelabur diberikan pulangan sebanyak tiga peratus selain jongkong emas sehingga menyebabkan ramai pelabur terpedaya.

Jika melabur dengan membeli satu kilogram emas, pelabur akan diberikan emas berkenaan untuk disimpan.

Pelabur mendapat pulangan pada bulan pertama hingga ketiga sebelum ditanya sama ada mahu meneruskan pelaburan atau tidak.
Selepas tiga bulan, pelabur diberi peluang sama ada meneruskan atau menghentikan pelaburan, tetapi perlu menyerahkan semula emas dalam simpanan mereka.

Pelabur yang menamatkan pelaburan juga dikenakan caj RM15,000. Jika pada masa itu, harga emas rendah berbanding harga belian pelabur perlu membuat bayaran tambahan kepada syarikat.

Syarikat memaklumkan mereka memerlukan masa seminggu untuk memeriksa emas yang diserahkan pelabur kononnya bagi memastikan emas itu cukup timbangan serta ketulenannya.

Roslee berkata, pelabur mula menghadapi masalah dan menyedari mereka terjebak dalam skim pelaburan itu selepas menyerahkan emas kepada syarikat berkenaan.

"Mereka yang menyerahkan semula emas itu gagal mendapatkan balik pelaburan masing-masing sebelum membuat laporan polis," katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan bersama Bukit Aman.