Tabung Haji beri 5 peratus

Thursday, February 4, 2010 |


JAMIL KHIR diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail umumkan bonus lima peratus di Putrajaya, semalam.
RM1.1b bonus dibayar kepada 5.1 juta pemegang akaun

PUTRAJAYA: Tabung Haji (TH) semalam mengumumkan bonus bagi pendeposit sebanyak lima peratus bagi 2009 membabitkan anggaran bayaran RM1.1 bilion kepada 5.1 juta pemegang akaunnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pembayaran bonus itu adalah tambahan 2.75 peratus kepada bonus interim sebanyak 2.25 peratus bagi separuh tahun pertama 2009 yang sudah dilunaskan kepada pendeposit pada Oktober lalu.

Beliau berkata, bonus tambahan itu dikreditkan ke dalam akaun pendeposit Tabung Haji seawalnya Isnin ini.

Katanya, Tabung Haji merekodkan pendapatan RM1.689 bilion tahun lalu, dengan keuntungan operasi RM1.245 bilion dan untung selepas zakat RM1.119 bilion.

"Kadar bonus ini lebih baik berbanding kadar bagi simpanan tetap dan tabungan komersial. Tabung Haji mengekalkan kadar bonusnya pada 2009 dan tahun sebelumnya dalam suasana kadar pasaran dan keuntungan deposit di perbankan komersial yang menurun sejak 2008," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Bonus interim 2.25 peratus membabitkan pembayaran RM465 juta sudah diserahkan kepada pendeposit pada Oktober lalu.

Beliau berkata pada 2009, Tabung Haji meraih keuntungan selepas zakat melepasi RM1 bilion untuk kali ketiga berturut-turut sejak 2007.

"Pendapatan keuntungan selepas zakat Tabung Haji masing-masing sebanyak RM1.7 bilion dan RM1.1 bilion meningkat pada kadar 12 peratus berbanding 2008," katanya.

Pada tahun lalu, katanya, dana pendeposit Tabung Haji ialah RM23 bilion, meningkat 12 peratus daripada RM20.6 bilion pada 2008.
"Peningkatan ini menunjukkan keyakinan pendeposit dengan penambahan simpanan RM5.9 bilion dan penambahan nilai sebanyak RM3.8 bilion daripada aktiviti pelaburan sejak 2006.

"Sebanyak 49 peratus atau kira-kira RM827.6 juta pendapatan Tabung Haji bagi tahun lalu adalah hasil keuntungan urus niaga saham," katanya.

Jamil Khir berkata, kadar bayaran zakat Tabung Haji bagi tahun lalu juga meningkat RM1 juta berbanding RM38 juta pada 2008.

Ditanya mengenai unjuran bonus bagi tahun ini, beliau berkata, Tabung Haji mungkin boleh membayar dengan kadar yang lebih baik memandangkan senario ekonomi yang semakin pulih.

Tabung Haji pernah membayar bonus setinggi tujuh peratus pada 2007.

Melabur ASB Melalui Maybank2u

|

Kini anda tak perlu lagi pegi ke Pejabat Pos atau Bank  utk melabur dalam ASB. Semuanya dapat dilakukan dgn capaian internet dan computer. Semuanya di hujung jari anda. Jimat ..jimat ... anda jimat masa, jimat duit minyak , jimat parking ..nak melabur rm10 ker rm20 ker pon tak rasa malu ... kalau setakat nak melabur rm10 nak tunggu giliran 10-20 minit tentu anda malas bukan???

Berikut adalah cara2 utk melakukan pelaburan ASB melalui Maybank2u.

1) Login ker maybank2u dan pilih option Investment






2) Pilih Option Purchase ASNB Unit Trust



3) Masukkan detail amount  dan membership akaun no



Semudah ABC ...he..he. Kemudian bila2 senang sila ler update buku ASB anda. Jalan lupa save semua transaksi anda takut2
kesilapan timbul.


SELAMAT MELABUR SEMUA  UTK HARI TUA ANDA!!!!!!