KELEBIHAN MENJADI AGEN GCP

Monday, January 24, 2011 |

 Anda boleh merujuk pada web ini.Sila klik DISINI

Terdapat banyak kelebihan menjadi agen emas GCP.Antaranya

1)Membeli emas dengan harga rendah.
Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh :
HARGA RANTAI TANGAN 999
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)

HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 100g
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)

2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar pamp suisse dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (DP) semasa.
Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40

Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.

5)Perkhidmatan penghantaran (percuma).
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
1)Mencuci emas (percuma)
2)Mencelup emas (kos minima)
3)Menilai harga emas terpakai (percuma)
4)Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)

7)Kursus Usahawan Emas (percuma).
Pada setiap hari sabtu, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari.
Modul Kursus;
1)Teknik pemasaran
2)Membeli emas terpakai

8)Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.

2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)

Contoh insentif dealer get dealer:
Ali memperkenalkan Hasan sebagai pengedar maka, Ali mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:
Hasan membeli 500g rantai tangan 999. Ali mendapat komisyen rm500.

Jika Hasan pula memperkenalkan Husin sebagai pengedar, hanya Hasan sahaja mendapat komisyen, Ali tidak dapat sebarang komisyen.

Ali hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Hasan sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

7 Perkara Penting Anda TIDAK TAHU Mengenai Emas.

Friday, January 21, 2011 |

Emas digunakan bukan sahaja sebagai pelaburan tetapi untuk kegunaan penting lain!

Tahukah anda bahawa emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).

Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated. Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain.

Dengan kata lain...
Lebih banyak teknologi ditemui, lebih
banyak kegunaan emas!


Cuba lihat di sebelah kanan sekali. Perubahan permintaan berlaku antara tahun 2009 dan 2010 adalah sebanyak 43%.

Lebih banyak kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat 7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.
Emas akan mencapai tahap baru dalam harganya, mencecah sehingga $1,600 setiap ounce. Perak akan melonjak daripada harganya sekarang iaitu bawah $30 setiap ounce kepada $35. Dan minyak akan melepasi tahap kekangan, mencapai $100 setiap tong sekali lagi.
- Richard Band
Editor, Profitable Investing
Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT
KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.
7 KUASA BESAR akan menolak emas
sehingga mencapai harga $1,900

Kita biasa mendengar inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat. Kenapa?

Sejak berada pada tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.

Tapi itu hanyalah salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat mendadak adalah atas sebab-sebab lain.
Dengan China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals), permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor's Edition
Sebab Emas #1: Pengeluaran Emas
Tahunan Berkurang

Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun.

Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.


Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit...

China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!
Sebab Emas #2: Emas Makin Susah Dicari!

Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.

Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!

Apabila emas makin susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini...
Sebab Emas #3: Permintaan
Pelaburan Untuk Emas

Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.

Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.

Dalam ayat World Gold Council sendiri...
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.

Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas --- dan mahukannya cepat!

Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!
Sebab Emas #4: Bank Pusat
Sibuk Membeli Emas!

Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.

Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.

Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.

Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).

Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.

Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga...
Sebab Emas #5: Gesaan Untuk Mata
Wang Berasaskan Emas

Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.

Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.

Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.

Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama sekali negara-negara Islam.
Sebab Emas #6:Permintaan Emas Hangat Di
Asia

Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.

Tapi sekarang... China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.

Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?

Harga emas akan meningkat lagi.
Sebab Emas #7: Emas Di Dalam Secular Bull Market

Hargaa emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.

Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.

Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.
Bilakah Keadaan Ekonomi Akan Kembali Buruk? Satu Jawapan: Tiada Siapa Tahu.

Apabila anda bertanya kepada 10 pakar ekonomi. Anda mendapat 10 jawapan berbeza. Mereka akan berbalah, mengeluarkan teori pelbagai tentang keadaan ekonomi. Tapi ada satu perkara yang pasti: tiada siapa tahu bila keadaan ekonomi akan buruk.

Duit Malaysia yang dikatakan kukuh mungkin diserang penyangak mata wang dan menyebabkannya jatuh kembali... walaupun ianya menggunakan "managed float" (dikenali sebagai dirty float sebagai pelabur). Ianya mungkin menyebabkan ramai orang berhenti melabur di Malaysia dan ekonomi semakin buruk.

Apabila ekonomi menjadi buruk, nilai wang makin rendah dan harga barang makin tinggi, anda boleh menjual emas yang telah anda pegang sebagai sumber kewangan apabila sumber kewangan anda sekarang tidak memberi kuasa membeli sebanyak yang anda perlukan.

Harga makanan di Kelantan sebagai contoh, ada yang sudah naik. Ada yang menyatakan ketiadaan barang sebagai alasan menaikkan harga. Dan ianya mungkin akan menjadi lebih buruk.
Sejarah Membuktikan Berkali-kali Bahawa Emas Pelaburan Terbaik...

Contohnya pada awal tahun 1988, harga emas pada 1 Januari adalah lebih kurang 480 dollar US. Tapi pada 1999, harga emas pada akhir tahun hanyalah lebih kurang 288 dollar US. Tapi kalau kita pergi kepada awal 2011, harga emas sudah mencecah 1375.90 untuk satu oz.


Harga emas pada 1 Januari hanyalah 480 dollar/oz. Jatuh kepada 425 dollar/oz pada 1 Disember.


Harga emas sehingga 1414.60 dollar/oz. Peningkatan 3 kali ganda berbanding harga 1988.

Emas akan turun dan naik tetapi ianya akan sentiasa bernilai untuk kegunaan manusia...

Ya... tiada pasaran yang bergerak dengan garis lurus. Tapi siapa yang fikir harga emas takkan melonjak lagi perlu minum kopi dahulu. Walaupun emas meningkat sebanyak 20.9% tahun lepas - itu hanyalah kecil berbanding peningkatan yang akan berlaku selepas ini. Dan ianya mungkin berlalu cepat sehingga semua yang ingat emas akan jatuh merudum - tertinggal di belakang (dan anda tersenyum hingga ke bank!).

2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa pegang emas sudah berakhir.

Tapi, seperti yang anda tahu... itu bukan kesnya!

Beli Emas Sekarang, Sebelum Harga Terlalu Mahal Untuk Anda Dapatkannya...

Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.

Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya... walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.

Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!

Dengan ini, anda boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun.



Perhatikan CARTA HARGA EMAS DUNIA di atas,harganya sentiasa naik dan terus naik, Beli sekarang sebelum harganya terus mahal..dan semakin mahal..PERCAYALAH, HARGA EMAS HARI INI LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS TAHUN DEPAN..

Promosi Terbaru Public Gold

|



DEALER RECRUITMENT DRIVE II
Terms & Condition
Purchase of 2 pieces of 250gm Gold Bar, automatically will become PG Authorized Priority Dealer to enjoy the 1.5% sales commission.
This promotion is open for all PG Customer and Public Gold Authorized Dealer.
Promotion period: 16th January 2011 to 30th April 2011.
All transaction can be using Normal Payment Purchase or Easy Payment Purchase (Allowed for 6 months EPP payment method).
All sales purchase must be in single receipt.
Public Gold reserves the right at its absolute discretion to vary, delete or add to all or any of the Terms and Conditions herein from time to time and at any time without prior notice.

For more information or enquiries, please call Public Gold Customer Service line at 604-6449999 (Mondays to Fridays, 9am - 6pm, excluded public holidays).

10 Orang Pertama Mendaftar Facebook

Tuesday, January 18, 2011 |

1.Mark Zuckerberg(http://www.facebook.com/zuck)
Kalau dah nama pon founder. Mestilah dia merupakan orang pertama mendaftar.
Nombor ID : 4


2.Chris Hughes(http://www.facebook.com/ChrisHughes)
Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook iaitu roomate Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di Universiti Harvard. Selain dari co-founder facebook, beliau juga adalah webmaster Obama di my.barrackobama.com yang dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan Obama menjadi presiden Amerika Syarikat.
Nombor ID : 5

3.Dustin Moskovits(http://www.facebook.com/moskov)
Dustin Moskovitz juga adalah Co-Founder Facebook dan juga roomate Mark Zuckerberg sewaktu mereka belajar di Universiti Harvard. Moskovitz memiliki saham facebook sebesar 6 % yang membuat kekayaannya dikatakan mencapai 1.4 juta US$. Forbes menobatkan dia sebagai jutawan termuda di dunia.
Nombor ID : 6

4.Arie Hasit(http://www.facebook.com/profile.php?id=7)
Arie Hasit adalah rakan rapat Mark Zuckerberg. Semasa mereka belajar di Harvard mereka sering melakukan aktiviti bersama . Ini kerana mereka sama-sama Yahudi. Sekarang dia bekerja sebagai jurucakap angkatan tentera Israel.
Nombor ID : 7


5.Marcel Georgés Laverdet II(http://www.facebook.com/marcel
Hanya sedikit yang diketahui tentang Marcel Georgés Laverdet II. yang hanya diketahui dia bekerja di Facebook
Nombor ID : 10

6.Soleio(http://www.facebook.com/soleio)
Soleio adalah pegawai teknik di facebook. Di pagenya, dia menulis bahawa pekerjaannya adalah yang berhubungan dengan teknik di facebook.
Nombor ID : 11

7.Chris Putnam(http://www.facebook.com/putnam)
Chris Putnam adalah salah satu software engineer di Facebook. Aktivitinya dapat dipantau melalui blognya, iaitu [link]
Nombor ID : 13

8.Andrew McCollum(http://www.facebook.com/amccollum)
Andrew McCollum adalah teman sekuliah Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus adalah pereka grafik pertama Facebook. Dialah yang mereka logo facebook yang pertama.
Nombor ID : 26

9.Colin Kelly(http://www.facebook.com/improvite)
Sedikit info yang diketahui mengenai Colin Kelly ini. Yang pastinya dia adalah bekas pelajar Harvard University. Kemungkinan besar adalah teman sekuliah Mark Zuckerberg.Ini kerana kebanyakan dari pemilik id – id kecil ini adalah alumni Harvard University kerana memang pada awalnya, facebook dikembangkan untuk kepentingan alumni dan mahasiswa Harvard
Nombor ID : 27

10.Mark Kaganovich(http://www.facebook.com/kaganovich)
Mark Kaganovich adalah alumni Harvard dalam bidang computer science. Dia merupakan founder dari labmeeting, iaitu sejenis social network (seperti facebook) tetapi dikhaskan untuk para cendekiawan.
Nombor ID : 28

Obsesi pengguna terhadap iPad

|

Obsesi pengguna terhadap iPad




SELEPAS telefon pintar seperti iPhone dan Blackberry menjadi salah satu lambang gaya hidup masa kini, komputer tablet pula menjengah pasaran dan menjadi gajet yang mengujakan para penggemar teknologi.

Apple sebagai peneraju telah memperkenalkan iPad bagi melengkapi senarai gajet pintarnya yang menjadi koleksi penting penggemar jenama itu yang selama ini ’taksub’ pada iPhone dan iPod Touch.

Dikenali sebagai komputer tablet dalam kalangan pengguna secara umum, jenama Samsung pula tampil dengan Galaxy Tab diikuti Playbook oleh Blackberry yang memberikan tawaran hampir sama.

Bagaimanapun, bagi dua orang penggemar jenama Apple, Izaati Abdul Ghafur, 22, dan Ayu Roslan, 28, mereka mempunyai jawapan tersendiri apabila memilih iPad sebagai pelengkap gaya hidup.

Izzati baru sahaja membeli iPad sebulan yang lalu kerana tertarik dengan aplikasi permainan yang ditawarkan terutama Angry Birds yang dapat dimuat turun secara percuma melalui iTunes.

“Tetapi, sebab utama yang menarik perhatian saya dengan iPad adalah kerana jenamanya yang menjadi antara yang paling popular ketika ini. Memiliki gajet keluaran Apple merupakan satu kebanggaan buat pemiliknya,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Menurut Izzati, dalam masa sebulan menggunakan iPad, dia sudah memuat turun sebanyak 14 permainan secara percuma dan membeli sebanyak empat permainan lain yang berharga sekitar RM3.10 setiap satu.

Antara permainan lain yang dimuat turun adalah Restaurant City, Fruit Ninja, Monopoli, Simcity DLX dan Texas Poker.

IZAATI tidak jemu menghiburkan dirinya dengan variasi aplikasi permainan yang dimiliki dalam iPadnya.


“Walaupun iPad yang saya beli merupakan versi pertama dan tidak dapat digunakan untuk membuat panggilan telefon, saya masih membelinya walaupun ketika itu jenama Galaxy Tab menawarkan kelebihan itu.

“Tujuan utama saya memiliki iPad adalah untuk hiburan. Selain permainan saya dapat berhubung dengan rakan-rakan melalui rangkaian Internet dan perhubungan sosial seperti Facebook,” katanya.

Sehubungan itu katanya, selain kelebihan WiFi, dia memilih iPad yang menawarkan aplikasi Internet bina dalam melalui penyedia perkhidmatan Maxis yang mengenakan bayaran RM90 sebulan.

“Internet penting untuk sentiasa kekal berhubung. Selain itu dengan kelebihan navigasi, ia memudahkan pergerakan saya menerusi laman peta yang antaranya menyediakan maklumat mengenai restoran-restoran menarik di lokasi terdekat.

“Walaupun harganya agak mahal, tetapi secara keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan amat memuaskan,” katanya.

Aplikasi perniagaan

Bagi Ayu yang merupakan Pengarah Urusan Jari Spa di Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, dia membeli iPad selepas dua bulan produk itu memasuki pasaran. Jika Izzati aktif menjadikannya sebuah gajet hiburan, Ayu pula menjadikan iPad sebuah peranti yang membantunya dalam perniagaan.

“iPad merupakan gajet yang berguna sekiranya kita tahu kegunaannya secara menyeluruh. Saya melengkapi iPad dengan aplikasi Microsoft yang membantu saya menyimpan dokumen penting yang saya gunakan untuk tujuan pembentangan bersama klien perniagaan.

“Oleh itu, penting untuk seseorang yang membeli iPad untuk mengetahui tujuan membeli gajet ini serta mengetahui kebolehannya secara optimum. Jika tidak, ia merupakan satu kerugian,” katanya.

PERMINTAAN terhadap peranti tablet semakin menjadi trend masyarakat global.


Sebab utama yang menarik perhatian Ayu terhadap iPad adalah saiznya yang muat di dalam beg tangan. Bagaimanapun, pengaruh jenama Apple merupakan elemen penting sebelum dia membuat keputusan membelinya.

“Apple adalah jenama peneraju. Walaupun ada produk komputer tablet pesaing di pasaran kini, saya menganggap iPad adalah keluaran terbaik dan tidak boleh ditandingi jenama-jenama lain.

“Saya menggunakannya setiap masa kerana ia adalah sebahagian kehidupan dan perniagaan spa yang saya jalankan,” katanya.

Pantau bisnes

Menurut Ayu, melalui iPad dia dapat memantau perkembangan spa menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari mana-mana sahaja kerana ia tampil dengan kelebihan konsep mobiliti.

“Tidak seperti komputer riba, iPad amat ringan oleh itu ia tidak membebankan sekiranya perlu dibawa selain kemas dimuatkan di dalam beg tangan.

“Selain itu, iPad penting bagi saya sebagai pengguna Internet kerana selain dapat berhubung dengan rangkaian perhubungan sosial, saya perlu kekal berhubung dengan rakan-rakan, klien dan pelanggan melalui e-mel,” katanya.

Katanya lagi, tidak terhad kepada fungsi perniagaan, Ayu juga tidak ketinggalan memanfaatkan aplikasi hiburan yang ditawarkan iPad. kelebihan iTunes yang boleh dimuat turun secara percuma menjadikan pengalaman menggunakan iPad lebih menghiburkan.

“Selain memuat turun fail-fail permainan dan lagu-lagu, saya juga berkongsi fail-fail hiburan dengan rakan-rakan yang menggunakan iPad, iPhone atau iPod.
AYU memanfaatkan kelebihan aplikasi iPad untuk mengurus perjalanan bisnesnya.



“Permainan yang disediakan juga sentiasa hadir dengan versi terkini, sama ada boleh dimuat turun secara percuma atau boleh dibeli dengan harga AS$0.99 (RM3.10) sahaja,” katanya.

Tambahnya, aksesori iPad banyak di pasaran, oleh itu penggunanya dapat tampil bergaya mengikut cita rasa masing-masing.

“Untuk tampil berbeza dengan pengguna iPad lain ialah dengan menggunakan aksesori seperti sarung iPad yang boleh dibeli di kedai aksesori Apple berdekatan,” katanya.

Menurut laporan dari Apple, beberapa aplikasi iPad berbayar berasaskan produktiviti muncul dalam senarai sepuluh tertinggi di seluruh dunia.

Antaranya adalah perisian yang menyimpan data halaman, pengiraan dan nota. Ada di antara program tersebut, termasuk aplikasi suit Microsoft Office berharga AS$10 (RM31) untuk dimuat turun.

Aplikasi GoodReader dan WolframAlpha adalah yang teratas dalam senarai muat turun tersebut.

Senarai aplikasi percuma yang dimuat turun pula kebanyakannya bersifat pengumpulan data dan hiburan. Google Earth, Amazon's Kindle, Pandora Radio dan Netflix adalah natara yang muncul dalam kategori tersebut.