Hukum Tukaran Wang Asing dan (Forex) Salah Disisi Undang Undang?

Thursday, January 14, 2010 |

Ramai yang tertanya tanya apakah hukum perdagangan wang asing atau lebih popular dengan pangilan FOREX. Saya bukanlah pakar dalam bidang memberi hukum hakam ini. Tetapi saya cuba berikan link yang berkaitan agar ia dapat dirujuk oleh kita semua.

1. Penciptaan Duit Kertas Moden dan Hukum Forex
2. Hukum Berniaga & Melabur Dalam Forex trading
3. Isu Leverage Dalam Forex Trading
Forex salah disisi undang undang ke? Merujuk kepada kenyataan terbaru dari Bank Negara Malaysia. Ia adalah suatu kegiatan yang salah disisi undang undang.
Berhati-hati dengan Skim Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram
Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak menyertai mana-mana pelaburan atau program latihan urus niaga mata wang asing secara haram yang ditawarkan oleh individu atau syarikat dalam atau luar negeri.
Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:
* Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);
* Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;
* Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan
* Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.
Di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, adalah satu kesalahan untuk seseorang individu di Malaysia membeli atau menjual mata wang asing atau melakukan apa-apa tindakan yang melibatkan, berhubung dengan, atau persediaan untuk, membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, selain daripada peniaga berdaftar. Di bawah Akta ini juga, adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.
Senarai peniaga dan institusi kewangan yang dibenarkan oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing untuk membeli atau menjual mata wang asing boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia (http://www.bnm.gov.my).
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Bank Negara Malaysia
4 Januari 2010
Saya menjangkakan ia pasti akan mengundang pelbagai reaksi kepada mereka yang terlibat dalam forex trading di Malaysia ni. Bagi mereka yang terlibat dalam forex trading pasti akan cuba pelbagai hujah dan dalil bagi menghadapi isu ini.
Bagi mereka yang terlibat dalam coaching , seminar dan bengkel Forex, ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat. Langkah ini dibuat mungkin terdapat aduan dari orang ramai berkenaan dengan perdagangan wang asing di atas talian (online) yang semakin diminati ramai orang.
Bagi saya, kenyataan BNM ada betul dan salahnya. Forex mungkin banyak kali diekploitasi oleh syarikat tertentu bagi tujuan menipu menyebabkan BNM mengeluarkan kenyataan sedemikian.Bermula dengan Swiss Cash yang kononya mendapat pendapatan mereka daripada Forex dan pelaburan minyak. Ramai orang awam tertipu oleh penipuan berkenaan menyebabkan BNM mula mengambil tindakan mengharamkan semua berkenaan forex trading yang berpusat diluar negara.
Namun agak sukar untuk mengambil tindakan disebabkan ianya berpusat diluar negara. Kini pelbagai broker yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang kononnya mendapat kelulusan daripada bank bank luar negara seperti Cyprus dan sebagainya. Tiada tapisan yang dibuat samada broker tersebut sah atau tidak. Ini menjadi satu isu utama. Ya, ada broker forex diluluskan oleh kerajaan US. Ini menjadikan forex bukanlah sesuatu yang sangat salah. Tetapi yang mana satu broker yang sah?
Lebih lebih di Malaysia terdapat undang undang berkenaan dengan tukaran wang asing iaitu Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Ia adalah untuk melindungi ekonomi dieksploitasi menerusi tukaran wang asing. Jadi ini memberi hak dan kuasa untuk BNM mengharamkan perdagangan wang asing di Malaysia.
Penglibatan ramai rakyat Malaysia dalam Forex online. Malah ada yang menjadi jutawan menerusi perdagangan mata wang asing ini. Tetapi lebih ramai yang mengalami kerugian ribuan ringgit dalam forex.
Ia memerlukan pengetahuan yang luas berkenaan pelbagai analisa pasaran dan fundamental. Ramai yang mengalami kerugian yang besar. Forex adalah sesuatu yang sangat berisiko tinggi. Fikirkan 3,4,5 kali sebelum anda menyertai sebarang forex broker dan melakukan perdangangan jual beli matawang asing.
Apa pulak pendapat anda?


Sumber : shamsuriyadi.com

0 comments:

Post a Comment