10 Orang Pertama Mendaftar Facebook

Tuesday, January 18, 2011 |

1.Mark Zuckerberg(http://www.facebook.com/zuck)
Kalau dah nama pon founder. Mestilah dia merupakan orang pertama mendaftar.
Nombor ID : 4


2.Chris Hughes(http://www.facebook.com/ChrisHughes)
Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook iaitu roomate Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di Universiti Harvard. Selain dari co-founder facebook, beliau juga adalah webmaster Obama di my.barrackobama.com yang dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan Obama menjadi presiden Amerika Syarikat.
Nombor ID : 5

3.Dustin Moskovits(http://www.facebook.com/moskov)
Dustin Moskovitz juga adalah Co-Founder Facebook dan juga roomate Mark Zuckerberg sewaktu mereka belajar di Universiti Harvard. Moskovitz memiliki saham facebook sebesar 6 % yang membuat kekayaannya dikatakan mencapai 1.4 juta US$. Forbes menobatkan dia sebagai jutawan termuda di dunia.
Nombor ID : 6

4.Arie Hasit(http://www.facebook.com/profile.php?id=7)
Arie Hasit adalah rakan rapat Mark Zuckerberg. Semasa mereka belajar di Harvard mereka sering melakukan aktiviti bersama . Ini kerana mereka sama-sama Yahudi. Sekarang dia bekerja sebagai jurucakap angkatan tentera Israel.
Nombor ID : 7


5.Marcel Georgés Laverdet II(http://www.facebook.com/marcel
Hanya sedikit yang diketahui tentang Marcel Georgés Laverdet II. yang hanya diketahui dia bekerja di Facebook
Nombor ID : 10

6.Soleio(http://www.facebook.com/soleio)
Soleio adalah pegawai teknik di facebook. Di pagenya, dia menulis bahawa pekerjaannya adalah yang berhubungan dengan teknik di facebook.
Nombor ID : 11

7.Chris Putnam(http://www.facebook.com/putnam)
Chris Putnam adalah salah satu software engineer di Facebook. Aktivitinya dapat dipantau melalui blognya, iaitu [link]
Nombor ID : 13

8.Andrew McCollum(http://www.facebook.com/amccollum)
Andrew McCollum adalah teman sekuliah Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus adalah pereka grafik pertama Facebook. Dialah yang mereka logo facebook yang pertama.
Nombor ID : 26

9.Colin Kelly(http://www.facebook.com/improvite)
Sedikit info yang diketahui mengenai Colin Kelly ini. Yang pastinya dia adalah bekas pelajar Harvard University. Kemungkinan besar adalah teman sekuliah Mark Zuckerberg.Ini kerana kebanyakan dari pemilik id – id kecil ini adalah alumni Harvard University kerana memang pada awalnya, facebook dikembangkan untuk kepentingan alumni dan mahasiswa Harvard
Nombor ID : 27

10.Mark Kaganovich(http://www.facebook.com/kaganovich)
Mark Kaganovich adalah alumni Harvard dalam bidang computer science. Dia merupakan founder dari labmeeting, iaitu sejenis social network (seperti facebook) tetapi dikhaskan untuk para cendekiawan.
Nombor ID : 28

0 comments:

Post a Comment