Teknik Rahsia Untuk Memiliki 1 Dinar Emas Tanpa Membebankan

Wednesday, July 28, 2010 |

Ambil sehelai kertas dan tulis dengan teliti kemana income kita belanjakan. Saya buat contoh macam ni..katakan gaji saya adalah RM1500.00.

Lepas tolak belanja itu dan belanja ini, yang perlu saya guna pakai maka saya ada lebihan duit RM200.00.

Oleh itu cara mudah nak buat beli emas macam ni;

1: Katakan esok hari gaji..kita dapat RM1500.00 tunai.

2: Semak harga 1 Dinar terkini pada web ini..katakan RM580.0.

3: Kita beli 1 Dinar ini ..dan anda akan dapat 1 Dinar emas.

4: Bawa 1 Dinar ini ke Ar Rahnu ( dicadangkan Ar Rahnu Agrobank) dan gadai.

5: Ar Rahnu akan beri kita pijaman dengan gadaian ini lebih kurang 60% pada nilai emas yang dinilai pada Ar -Rahnu berkenaan. Katakan anda diberi pinjaman RM290.00 dengan upah simpan RM18.00 untuk 6 bulan.

6: Duit yang anda dapat tu boleh diguna untuk bayar keperluan lain anda.

7: Tiap bulan..untuk selama 6 bulan anda hanya perlu bayar (RM290.00 + RM18.00)/6 = RM52.00 sebulan untuk selama 6 bulan anda perlu bayar kepada Ar Rahnu berkenaan .
Ini lah cara yang tidak membebankan untuk anda miliki 1 Dinar.

Harga Dinar dan GoldBar merundum semalam..untung kepada para pembeli dan penyimpan emas..Tokey emas lagi untung kerana banyak jualan..komisen tu

0 comments:

Post a Comment