Over Draft

Saturday, January 30, 2010 |

Ramai yang sudah tahu tentang OD atau Over Draft dan masih ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu biarlah saya terangkan dengan ringkas apa itu OD dan fungsi-fungsinya.

OD atau Over Draft adalah satu perkhidmatan dari pihak bank. OD merupakan pinjaman bercagar dari bank. Untuk mendapatkan OD, pemohon hendak mencagarkan tanah, rumah, sijil Fix Deposit, sijil ASB atau Sijil ASW. Wang yang boleh digunakan atau credit limit dari OD ialah sebanyak 90% - 95% dari nilai cagaran, tertakluk kepada bank-bank yang berkenaan.

Fugsi-fungsi OD:
- gunakan credit OD, tanpa menjejaskan wang cagaran
- pinjaman 90% - 95% dari nilai cagaran
- faedah keatas baki pinjaman
- bayaran bulanan keatas faedah harian
- boleh bayar faedah sahaja
- tiada had pembayaran balik

Bank-bank yang menawarkan OD:
- Maybank - 90% pinjaman dengan faedah BLR-0 (5.55%)
- RHBank - 95% pinjaman dengan faedah BLR-1 (5.55-1 = 4.55%)
- CIMBank - 90% pinjaman dengan faedah BLR-2 (5.55-2 = 3.55%)

OD sangat popular kepada kaum Cina khususnya peniaga dan usahawan. Dengan pembiayaan dari OD, mereka dapat mengembangkan perniagaan atau projek mereka. Kebiasaannya mereka menggunakan sijil Fix Deposit sebagai cagaran.

Bagi masyarakat Bumiputra sijil ASB /sijil ASW dijadikan sebagai cagaran. Ramai juga yang menggunakan wang OD untuk perniagaan atau projek mereka dan ramai juga yang menggunakan wang OD untuk dilaburkan dalam ASB / ASW semula.

Samada wang OD digunakan untuk perniagaan, projek atau dilabur dalam ASB / ASW, ianya memang menguntungkan. Mengapa tidak, faedah pinjaman 5.55%, manakala dividen ASB pula 8.55%, untung 3% dengan menggunakan wang bank.

OVERDRAFT DENGAN ASB

 Bagaimana nak buat Over Draft. Ramai yang telah tahu dan masih ramai yang belum tahu dan ingin tahu. Sedia maklum bahawa Over Draft atau singkatannya OD adalah pinjaman bercagar yang ditawarkan oleh pihak bank. Diantara bank yang menawarkan OD ialah:

a) Maybank
b) RHB Bank
c) CIMB Bank


Setiap bank menawarkan margin pinjaman (MOF) yang berbeza-beza. Begitu juga dengan faedah yang dikenakan keatas pinjaman. Apa yang menarik tentang OD ialah faedah harian keatas pinjaman. Faedah akan ditolak dari akaun OD setiap bulan. Tiada had tempuh bayaran ditetapkan.

a) Maybank 90%(MOF) - BLR-0 (5.55%-0) = 5.55%
b) RHBank 95% (MOF) - BLR-1 (5.55%-1%) = 4.55%
c) CIMBank 90% (MOF) - BLR-1.65 (5.55%-1.65%) = 3.9%
(sila hubungi bank untuk maklumat terkini)

Kita sudah mengetahui bank-bank yang menawarkan OD, margin pinjaman dan faedah yang dikenakan. Minima margin pinjaman ialah sebanyak RM10,000. Bagi mereka yang mempunyai nilai cagaran yang besar, maka besarlah margin pinjaman yang diperolihi.

Minima cagaran untuk OD ialah sebanyak RM11K (RHB) atau RM12K (MAYBANK, CIMB). Apa yang perlu dibuat:

1) Buka akaun ASB, di Ibu Pejabat ASB atau mana-mana wakil ASB
2) Masukkan wang sejumlah RM11K atau RM12K
3) Tukarkan RM11K atau RM12K kepada sijil ASB, di Ibu Pejabat PNB (bayaran RM10 setiap sijil)
4) Fotokopi Sijil ASB, Buku akaun ASB, Kad Pengenalan
5) Buat permohonan OD dibank pilihan anda dengan membawa Sijil ASB, Buku akaun ASB, Kad Pengenalan dan fotokopinya (bank memerlukan fotokopi bersama borang permohonan)

Permohonan ada selesai. Anda cuma perlu menunggu kelulusan yang mengambil masa beberapa lama. Jika permohonan anda berjaya, anda diminta untuk menyerahkan Sijil ASB (asal), membuka akaun semasa (currence account) diberi buku cek dan ATM kad.

Kos yang terbabit:
- Bayaran sebanyak RM120 untuk mengendos Sijil ASB (oleh PNB)
- Bayaran untuk membuka akaun semasa (tidak tetap dan bayaran tersebut dimasukkan kedalam akaun semasa anda.

Anda perlu menunggu lagi beberapa lama sehingga urusan mengendos Sijil ASB selesai. Urusan ini dibuat oleh pihak bank. Setelah selesai pihak bank akan menyimpan Sijil ASB anda sebagai cagaran keatas pinjaman OD anda. Kebiasaannya proses ini mengambil masa selama 4 hingga 6 minggu. Wang OD anda sudah dimasukkan kedalam akaun semasa anda.

Anda boleh menggunakan wang OD dengan mengeluarkannya melalui ATM kad atau buku cek. Anda bolehlah berbelanja sakan, terpulangkan sikit atau banyak tetapi tidak melebihi had pinjaman (credit limit). Dari hari itu bermulalah pengiraan faedahnya.

Ingat....... wang OD bukan wang anda, wang OD adalah wang hutang. Jika anda bijak menggunakannya, anda beruntung..... jika sebaliknya anda akan menanggung hutang yang lebih besar.

1 comments:

Kolonel said...

Masih ada lagi ke OD utk ASB? Thanks

Post a Comment