Kami Menerima Dinar & Dirham
Wednesday, July 28, 2010 |
Posted by
Zazeli Che Soh
0
comments
Labels:
Emas
Teknik Rahsia Untuk Memiliki 1 Dinar Emas Tanpa Membebankan
|
Posted by
Zazeli Che Soh
Ambil sehelai kertas dan tulis dengan teliti kemana income kita belanjakan. Saya buat contoh macam ni..katakan gaji saya adalah RM1500.00.
Lepas tolak belanja itu dan belanja ini, yang perlu saya guna pakai maka saya ada lebihan duit RM200.00.
Oleh itu cara mudah nak buat beli emas macam ni;
1: Katakan esok hari gaji..kita dapat RM1500.00 tunai.
2: Semak harga 1 Dinar terkini pada web ini..katakan RM580.0.
3: Kita beli 1 Dinar ini ..dan anda akan dapat 1 Dinar emas.
4: Bawa 1 Dinar ini ke Ar Rahnu ( dicadangkan Ar Rahnu Agrobank) dan gadai.
5: Ar Rahnu akan beri kita pijaman dengan gadaian ini lebih kurang 60% pada nilai emas yang dinilai pada Ar -Rahnu berkenaan. Katakan anda diberi pinjaman RM290.00 dengan upah simpan RM18.00 untuk 6 bulan.
6: Duit yang anda dapat tu boleh diguna untuk bayar keperluan lain anda.
7: Tiap bulan..untuk selama 6 bulan anda hanya perlu bayar (RM290.00 + RM18.00)/6 = RM52.00 sebulan untuk selama 6 bulan anda perlu bayar kepada Ar Rahnu berkenaan .
Ini lah cara yang tidak membebankan untuk anda miliki 1 Dinar.
Harga Dinar dan GoldBar merundum semalam..untung kepada para pembeli dan penyimpan emas..Tokey emas lagi untung kerana banyak jualan..komisen tu


0
comments
Labels:
Emas
Goldbar & Gold Dinar PG
|
Posted by
Zazeli Che Soh
A) Produk Public Gold (www.publicgold.com.my)
B) Produk Public Dinar (www.publicdinar.com)
| Gold Dinar | |||
| Dinar | |||
| Metal | Au | Au | Au |
| Weight (g) | 4.25 | 21.25 | 42.50 |
| Size (W x L, mm) | - | - | - |
| Diameter (mm) | 18 | 32 | 38 |
| Thickness (mm) | 0.72 | 1.50 | 2.18 |
| Purity | 916 | 916 | 916 |
Pelbagai jenis rekabentuk barang kemas. Rujuk Public Jewellery
0
comments
Labels:
Emas
Lebih mahal disimpan lama
|
Posted by
Zazeli Che Soh
DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.
| |
| KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli. |
Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.
Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.
"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.
"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.
| |
| EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit. |
Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).
Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.
"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!. 26 Julai 2010
0
comments
Labels:
Emas
Mari mengejar Pahala malam NisFu SyaaBan
Monday, July 26, 2010 |
Posted by
Zazeli Che Soh
Salam..
malam ni malam nisfu syaaban..antara malam yang baik dan disunatkan untuk membuat amalan kebaikan..Keagungan malam nisfu syaaban sama sepertimana keagungan malam Isra' Mikraj dan sama sepertimana keagungan malam Lailatul Qadar.
Selepas solat maghrib, baca surah yaasin 3x dengan niat:
- mohon dipanjangkan umur..
- dimurahkan rezeki.
- mati dalam iman.
Amalan lain:-
-banyak beristighfar.
-mohon keampunan diri dan ibubapa.
- membaca al-Quran
-membaca selawat ke atas Nabi
-berzikir
- Solat sunat..
Beramallah mengikut kemampuan masing-masing..seperti mengejar duit di dunia, begitulah kita mengejar pahala yang berganda pada malam ini..Kalau tak dapat semua,jangan tinggalkan semua..one is better than none..Rebutlah amal sebanyak yang boleh..moga deberkati oleh Allah..
0
comments
Labels:
Tazkirah
How to Buy & SeLL
|
Posted by
Zazeli Che Soh
Bagaimana untuk Membeli Jongkong Emas dan Syiling Emas Public Gold daripada Dealer PG
Bagaimana Menjual Jongkong Emas dan Syiling Emas kepada Public Gold/AgentTempahan Harga
1. Sila rujuk harga semasa di bawah ini. Harga emas ini berubah setiap 20 minit. Anda juga boleh melayari www.publicgold.com.my & www.publicdinar.com untuk melihat harga.2. Jika anda berkenan dengan harga tersebut, anda segera hubungi agen PG untuk ‘book’ harga dan confirmkan harga.3. Setelah itu urusan pembayaran dan penghantaran emas di runding. Itu sahaja =)
Anda juga boleh menghantar mesej pendek (SMS) melalui telefon bimbit dengan cara dibawah:
Taip Public gold ke 32828
1. Untuk mengetahui harga jualan balik emas, anda layari laman web www.publicgold.com.my. Lihat di jadual Harga ‘We Buy’.(Last updated 26/07/10 2:35 PM
Harga Emas Public Gold Live
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
We Sell We Buy 20 gram RM 2772.00 RM 2606.00 50 gram RM 6898.00 RM 6519.00 100 gram RM 13731.00 RM 13044.00 1 kilogram RM 137306.00 RM 130441.00
Last updated 26/07/10 2:35 PM
Dinar We Sell We Buy 1 dinar RM 573.00 RM 539.00 5 dinar RM 2851.00 RM 2694.00 10 dinar RM 5677.00 RM 5393.00
2. Anda juga boleh menghantar mesej pendek (SMS) melalui telefon bimbit dengan cara dibawah:
Hantar “public gold” ke 32828
3. Sijil ketulenan mestilah dibawa sekali. Pastikan nombor siri emas adalah betul.
0
comments
Labels:
Emas
5 makanan untuk menambah kekuatan otot kita
Tuesday, July 20, 2010 |
Posted by
Zazeli Che Soh
Ada hubungan yang kuat antara binaan otot dan kesihatan yang baik, kata Robert Wolfe, pengarah Translational Research in Aging and Longevity di Universiti Arkansas. “Apabila kita semakin meningkat usia maka kita cenderung untuk kehilangan otot, terutamanya apabila kita tidak menggunanya”, kata Wolfe. “Kehilangan-kehilangan ini amat memberi kesan kepada kualiti hidup, keseimbangan kita, kekuatan dan kebolehan untuk pulih dari penyakit dan kecederaan.
Sebenarnya , otot melakukan kebanyakannya yang membantu anda bergerak dan menghadam makanan, hinggalah – dalam hal otot jantung anda – mengepam nutrien2 ke seluruh tubuh anda. “Jantung, otak, kulit dan organ2 lain kita adalah dalam keadaan tetap memodelkan semula dengan tisu dibina dan hilang, ” kata Nancy Rodriguez, seorang pakar diet berdaftar dan pengarah program pemakanan sukan di Universiti Connecticut. “Otot2 menawarkan bekalan2 asid amino penting untuk memastikan anggota2 badan penting ini sentiasa kuat”.
Otot2 yang aktif bukan hanya membantu menghalang risiko perkembangan kencing manis dan osteoporosis, tetapi lebih banyak binaan otot yang dipunyai anda maka lebih banyak kalori tubuh anda boleh membakar. Untuk menjaga otot2 anda agar sentiasa kuat dan sihat , anda perlukan pengamalan diet yang betul.
Ikan
Terutamanya ikan yang kaya dengan lemak Omega-3 seperti salmon, tuna, halibut, rainbow trout dan ikan sardin.
Kenapa? Kerana ikan yang tidak berlemak mengandungi asid2 amino penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membina otot2 dan menyediakan bahan2 binaan untuk membuat dan membaiki tisu2 lain.
Jisim otot terbina berdasarkan kepada jumlah protein (asid amino) yang dibekalkan. Lemak Omega-3 yang ditemui dalam beberapa jenis ikan itu boleh melambatkan kehilangan otot. Adalah disyorkan agar anda memakan sekurang2nya 2-3 hidangan ikan yang kaya dengan Omega-3 dalam seminggu.
Ubi kentang manis / ubi stela
Ubi stela adalah sumber yang amat bagus untuk potassium dan antioksidan, di mana bagus untuk membina otot.
Kenapa? ”Sesiapa yang bersenam dan bekerja dengan otot2 mereka akan menghasilkan radikal bebas,” kata Tara Gidus, pakar diet sukan dan jurucakap kepada American Dietetic Association. “Antioksidan boleh membantu menangani radikal bebas dan membantu membaiki tisu2 otot yang rosak dan membinanya semula”.
Makanan2 yang kaya dengan potassium seperti ubi stela boleh membantu meredakan kesan2 dari memakan terlalu banyak makanan2 yang mengeluarkan asid, seperti daging, hasil2 tenusu dan barangan yang diproses , yang mana dapat mempercepatkan kehilangan jisim otot.
Makanan2 lain yang kaya dengan potassium dan antioksidan termasuklah salad, lada hitam, buah kiwi, mentimun dan oren. Sebaiknya, anda harus makan 5-9 hidangan sayur2an dengan 3 hidangan makanan2 ber potassium.
Yogurt rendah lemak
Yogurt rendah lemak kaya dengan protein, potassium, kalsium dan vitamin D, yang kesemua ini bekerjasama untuk memastikan otot2 anda dalam keadaan baik.
Kenapa? Kajian menunjukkan bahawa vitamin D mengikat kepada reseptor2 dalam otot yang mana akan membantu membesarkan dan menguatkan. Terlalu sedikit vitamin D menjadi punca kepada otot yang lemah.
Quinoa (keen-wah)

Quinoa adalah bijirin kuno dari Amerika Selatan, yang mana penuh dengan karbohidrat yang baik – tubuh memerlukan sumber tenaga – juga potassium, protein dan zat besi yang berkualiti tinggi.
Kenapa? Karbohidrat diperlukan untuk membantu anda memadatkan otot2 anda. Terlalu sedikit karbohidrat bermakna protein2 dalam tubuh anda akan digunakan untuk tenaga, sebagai ganti daripada menghasilkan tisu baru.
Biji labu
Biji2 labu kaya dengan magnesium, manganese, zat besi dan tembaga.
Kenapa? Mineral2 dalam tubuh adalah kumpulan yang berhubung baik, mereka bermain antara satu sama lain dan bekerjasama dalam membina tisu, membentuk enzim2 untuk fungsi tubuh dan menyokong komunikasi antara sel. Mereka juga membantu memperbanyakkan jisim otot.
Magnesium membantu membina protein untuk fungsi otot. Ia juga membantu merehatkan otot2 selepas mereka digunakan.
Manganese diperlukan untuk membentuk protein dan adalah satu komponen enzim2 yang bertindak sebagai antioksidan yang membantu membaiki tisu2 otot yang rosak. Zat besi adalah bagus untuk membina ketahanan.
Satu aun biji2 labu mengandungi hampir separuh manganese yang diperlukan oleh anda dalam sehari.
0
comments
Labels:
Bina Badan
* SOCCER
* BOLASEPAK
* LIVESCORE
* LIGA SUPER
* SOCCERWAY/M
* KELATE
* M LEAGUE
* SOCCERWAY/EPL
Total Pageviews
Search This Blog
AKHBAR HARIAN
* KOSMO
* SINAR HARIAN
* HARIAN METRO
* MALAYSIAKINI
* NEW STRAIT TIMES
* THE STARS
* MyEG

* Email WDM
* Google Finance
* Stocks
* E-Trade/Stockplan
INSTITUSI KEWANGAN
* EON BANK
* BANK MUAMALAT
* BSN
* MAYBANK
* RHB
* CIMB
* AMBANK
* PUBLIC BANK
* PUBLIC MUTUAL
* PUBLIC GOLD
* TABUNG HAJI
* KWSP
* CIMB WA
* PRUDENTIAL FUNDS
eBay Corner
HARGA EMAS HARIAN
* PBGIA
* Dinar Emas Kel
* UOB Gold
* FGJAM
* Spot Gold
* Emas dunia(RM/gram)
* Maybank(GSPA)
* Kuwait (KFHGA-i)
Personal Link
* KEYCHAIN
* WDM
* MUSCLE
* RUMAH
* BLACKBERRY
* CREDITCARD
* OASIS
* CSR100
* BJ
* FX
* CARIGOLD
* BBSAK
* SCRIBD
* QURAN
* WiFi
* GADGET IT
* MUSCLEGALLERY
* INFO TRAFIK
* KILLERBEES
* KAYUHBEB
* BODYSCOOBY
* SPEEDTEST
* UNIVESTGROUP
* MSISTERS
* Exchange
Mcm2 Link
* MAXIS
* DiGi
* HTC
* ANDROID
* COMFORTSURF
* MOBILE CENTRE
* GSMARENA PHONE
* KAMPUNGBERRY
* MOSTSMS
* BB APLICATION
* ZEROTOHUNDRED
* BLOGGER
* IMAGESHACK
* PHOTOBUCKET
INSTITUSI PAJAK GADAI ISLAM
* Ar-Rahn
* Ar-Rahnu YaPIEM
* Bank Rakyat
* Koperasi UNIKEB
Facebook Badge
My Blog List
-
-
-
-
-
Mesti Tahu - Tips Penjagaan Laptop14 years ago
-
-
-
LABELS
- Bank Rakyat (1)
- Bina Badan (1)
- Bola Sepak (1)
- Ebay (1)
- Emas (9)
- Emas GCP (1)
- Home (1)
- Iklan/Promosi (1)
- Insurans/Takaful (2)
- Isu Semasa (5)
- IT (5)
- Kewangan (17)
- Mudah (1)
- Online Biz (1)
- Social Networking (3)
- Sukan (1)
- Tazkirah (5)
